Cute Strawberry



>Yong Sofia Exquisite


Yong/Opet.
Lovely Fourteen!
Beware! I'm a super hulk! ;D






05 July, 2009

LAWAK

JERUK MANGGA.... Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang
menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah
kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina.


Apabila loceng
tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi
hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa
hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.


Tibalah giliran Leha,
ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang
lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.


Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.


Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada
lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda
salah.


Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam
menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit
titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan
merasa.. "Hmmmm.....masam....ha....cikgu tau dah...kamu hadiahkan
ccikgu jaruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...


"Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah......

SALAH TAFSIR...

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...


BOS POWER..???

Ni kisah seorang makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah
kompeni besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan
selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit
firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas,
dia akan pecat on the spot. Mmg
....malang.... tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.


"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua
perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji
awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu
menjawap. Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU
NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah
camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka
paham, sape malas, sure kene pecat!


Merasakan pekerja2
memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu
masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja
disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"


Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".


LAWAK GILER..!!1

Lawak1

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik
: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter
: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik
: Makcik nak melintas aja.

Lawak 2


Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla :
Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan :
Wah mesti awak gembira
Bangla :
Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan :
?????

Lawak 3


Di sekolah tabika.
Cikgu
: Amri, awak ada berapa beradik?
Amri
: Tiga, cikgu
Cikgu
: Awak yg paling tua?
Amri
: Tak. Atuk saya....

Lawak 5


Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat .
Nurse
: Ko tulis surat kt sapa?
Gila
: Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse
: Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila
: Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 6


Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu..
Pemuda
: Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak
: Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda
:! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak
: Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda
: Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.



3 Anak Pengusaha Minyak








Suatu
hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak
yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.


Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak
3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau,
bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar
minyaknya."


Budak 1 Budak 2 : "??????"


Thanks For Reading, Gaddda Da Vidda Baby!

No comments:

My Blog List

Thank You. Two small words to convey da infinite feelingz in my heart for u. Thanks for visiting! Thanks for thinking of me! Trimaso Gracias Amigos. Ahahh ;D